McCat Followers

Sunday, October 21, 2012

Tujuan manusia dijadikan di dunia dan dunia ialah medah ujian semata-mata.

Kita manusia dilahirkan di dunia ini untuk beribadat kepada sang maha pencipta (Surah Al-Zariyat 51: Ayat 56-58) dan dunia ini adalah merupakan sebuah medan ujian keimanan manusia selagi hayat di kandung badan (al-‘Ankabut: Ayat 2-3). 

Ujian yang diturunkan Allah S.W.T samada ada berbentuk kenikmatan yang memperdayakan (Surah Ali ‘Imran, 3: 185) atau musibah seperti berbentuk ketakutan terhadap musuh (dalam peperangan), kelaparan, kemiskinan, kekurangan harta dan kehilangan jiwa orang-orang yang tersayang (Surah al-Baqarah : 155). 

Setiap ujian yang Allah SWT beri adalah sesuai dengan batas kemampuan manusia itu sendiri. Allah SWT yang Maha Mengetahui sifat kekurangan manusia sama sekali tidak menurunkan ujian yang manusia tidak boleh menghadapinya (Surah al-Baqarah : 286). 

Hadapilah ujian2 Allah seperti orang-orang yang beriman iaitu redha, berlapang dada, meningkatkan amal, memantapkan iman, menguatkan akidah, tidak berputus asa serta sentiasa mengharapkan pertolongan dan bantuan Allah SWT dan bersangka baik pada Allah SWT kerana hanya Dia maha mengetahui setiap yang terbaik bagi kita (Surah al-Baqarah:216).

Insyallah kesabaran menghadapi setiap ujian akan beroleh kemenangan di akhirat iaitu syurga seperti yang telah dijanjikan Allah (Surah Ali ‘Imran, 3: 185).

Monday, October 8, 2012

Si lesung pipit: Mencintai buku dan ilmunya

Untuk berguru dengan buku kita haruslah jatuih chinta sama buku itu, utk jatuih chinta sama buku itu kita haruslah terjatuh chinta sama ilmu yg dikandungnya, kemudian bila sdh jatuh chinta sama buku dan ilmunya, secara tidak sengaja kita terjatuh chinta sama penyampai ilmu itu iaitu penulisnya. Bila sdh jatuh chinta sama penulis maka 'Wahai penulis buku gwe single lagi, jom kawin?'