McCat Followers

Tuesday, May 3, 2011

The cat of war

    



HMS Amethyst
  Pada May 1948, sekoq kucing liar yg malang alang kepalang ditemui oleh Ordinary Seaman George Hickinbottom di Pulau Stonecutters, Hong kong. Kemudian George secara curi2 membawa kucing kelaparan dan cedera itu ke kapal dimana dia bertugas iaitu kapal british HMS Amethyst. Kdian akhirnya kantoi kat leftenan komander Bernard Skinner. Sir Skinner yg merupakan komandan bagi kapal HMS Amethyst secara tidak langsung menyukai kucing tersebut. Pada ketika itu umur kucing tersebut baru kira-kira satu tahun. Maka dibelanya si kucing tersebut dan dinamakan Simon. Simon kemudiannya menjadi salah satu crew bagi kapal tersebut. Simon menjadi kesukaan ahli2 kapal akan sifat istimewanya yg gemar menangkap tikus2 didalam kapal dan menjadikan ia sebagai hadiah dikatil crew2 kapal. Hubungan Simon dan Sir Skinner sgt akrab. Pabila Sir Skinner bersiul, Simon akan segera datang mendapatkan beliau. Malah kadang kala Simon gemar meletakkan tikus2 yg berjaya ditangkapnya dihadapan Sir Skinner. Smith juga rajin mengekori Sir Skinner ketika beliau melakukan rondaan. Simon sgt gemar menjadikan topi Sir Skinner sebagai tmptnya membuta. Simon sgt disayangi oleh kesemua crew kapal dan dianggap sbg pencetus moral. 


Everybody love Simon

  Pada tahun 1949, berlakunya peperangan sivil di China antara komunist dan nationalist. Maka British pun berasa gelabah dan bersiap siaga utk membawa rakyatnya keluar dari China. Maka dihantarnya kapal pemusnah HM Consort utk bersiap siaga. Namun, mungkin komandan kapal tersebut sengal maka x dapek la dia meneruskan misinya. Oleh yg sedemikian, HM Amethyst arahankan sebagai penganti. Ketika kapal ini menyusuri Sungai Yangtze, ia telah diserang oleh senjata artilleri komunis. Serangan tersebut telah membunuh ramai crew termasuk Sir Skinner. Pada ketika itu, dikatakan Simon sedang tidur di kabin kapten. Simon cedera parah didalam serangan tersebut dimana ianya melambung keudara dek penangan artelleri, bhgn belakang badan dan kakinya ditusuk serpihan besi termasuk pada peparunya. Simon dipercayai telah merangkak sehingga kebahagian dek sebelum pensan dan diselamatkan kemudiannya oleh Staf Medik (agak2 kat Malaysia, Staf medik nak wat mcm neh?). Para  staf medik percaya Simon tidak mampu utk hidup walau utk semlman. Namun ajaibnya, selepas beberapa hari Simon sdh mampu terhenjut-henjut berjalan menaiki dek kapal yg sebahagiannya rosak teruk. Semangat utk meneruskan hidup yg ditunjukkan oleh Simon sekaligus menaikkan semangat kesemua ank kapal utk meneruskan perjuangan. Kapal HM Amethyst tersadai, populasi tikus meningkat. Si wira Simon dgn tangkas dan tekun menjalankan tugasnya sebagai pemusnah tikus sekali lagi menjadi inspirasi crew kapal utk menjalankan tugasan mereka.




Simon si wira yg gagah



Simon dan Sir Kerans


  Sekembalinya kapal tersebut di England, dgn cepat dan jitu, Lt. Commander John Simon Kerans yg telah mengantikan tmpt Sir Skinner telah menghantar surat rekemen kpd PDSA (People's Dispensary for Sick Animals) utk mengkurniakan Dickin medal for Acts of Bravery by Animals Serving with the Armed Forces kepada si wira Simon. Kehebatan dan kebaikan Simon telah menjadi buah mulut orang ramai sekaligus mengangkat Simon sebagai selebriti yg glamer. Pastu Simon dpt beribu hadiah dr org ramai. Dpt lg medal iaitu Blue Medal kdian lg mendpt gelaran pada tugasannya iaitu cat officer.


Gaya seekoq selebriti glamer


Dickin Medal yg Simon dpt

  Memandangkan setiap haiwan yg smpai di UK diwajibkan proses kuarantin, maka Simon diletakkan di Animal center, Surrey. Ketika itulah, kondisi kesihatan Simon memburuk dan akhirnya dia mati pada Nov 28,1949. Dikatakan punca kematiannya adalah disbbkan olh infeksi viral kesan dari kecederaannya sewaktu serangan. Atau mungkin krn dia berada ditempat asing bukannya lautan dimana tempat dia slalu berada. 


Simon sewaktu dikuarantin

Simon disemadikan di PDSA llford animal cemetery, London.