McCat Followers

Tuesday, February 8, 2011

cat's olfactory system and flehmen behaviour

Olfactory system atau sistem deria bau merupakan deria rasa yg paling penting bagi kucing.  Berbeza dr deria yg lain (e.g melihat. mendengar), deria bau telah berkembang sempurna sewaktu kucing dilahirkan. Oleh yg demikian anak kucing berupaya untuk mencari puting susu ibunya untuk menyusu. 

       Deria bau kucing memainkan peranan terpenting dalam perhubungan komunikasi dan pengenalpastian Kucing mengenalpasti kawasan lingkungannya, adik beradik, ibu dan kucing lain melalui bau. Kucing jantan menggunakan bauan dr air kencingnya utk membentuk garisan sempadan kawasan taklukkannya bagi menghindar dari kucing jantan lain menceroboh. Selain meninggalkan bau air kencing, ianya juga meninggalkan bau dari kelenjar tapak kaki dan pipi dengan mengusapkan muka dan kaki dipermukaan spt kayu, dinding dan sebagainya.  Kucing betina pula mengunakan air kencing sebagai media iklan yg menandakan mereka kini telah bersedia utk persenyawaan. 

        Kucing jantan akan menghidu air kencing kucing betina utk mengenalpasti keadaan betina tersebut menggunakan satu organ khas yg terdapat pada rongga mulut mereka. Organ ini dikenali sebagai Jacobson's organ or vomeronasal organ. Organ ini berfungsi khusus terutama sekali untuk tingkahlaku pembiakkan

       Organ ini menghasilkan flehmen behaviour iaitu dimana kucing membuka luas mulutnya dan menjelirkan lidah bagi menarik molekul2 bauan masuk ke jacobson's organ tersebut. Selain Jacobson's organ, kucing juga mempunyai organ deria bau seperti mamalia lain dibahagian hidung. Ada fakta menyatakan Jacobson's organ juga antara punca mengapa seekor kucing itu menjadi cerewet dalam pemakanannya.

Dibawah ialah contoh flehmen response dr kucing. Domestik kucing agak jarang memaparkan flehmen response berbanding big cats seperti harimau dan singa kerana mereka mempunyai Jacobson's organ yang lebih kecil.



nguahahaha lama x update blog tbe2 gwe wat entry ayat skema ahahaha


2 comments:

Dude Mohd Iqbal said...

interstng yet it posses a disturbing facts.. urine? GAH.. better to have gay or kucing yang mandul... no mating required..

McCat said...

yezza..castration can diminish spraying behaviour and the male will become more calmer and he will avoid conflict with other male cats.

Post a Comment